go ! go !

6

resipi tuk diet ....juz sharing2...ಠﭛಠ

SUP BAYAM & SOTONG

BAHAN-BAHAN:

2 ikat sayur bayam

6 ekor sotong

2 sudu besar sos tiram

1 sudu kecil minyak bijan

Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT:

3 biji bawang merah

2 ulas bawang putih

CARA MEMASAK:

1) Bersihkan sayur bayam dan potong ikut citarasa kita . Kupas semua bawang dah ditumbuk lumat . Sotong dibersihkan dan dipotong kecil-kecil.

2) Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan ditumbuk sampai wangi dan masukkan sotong , sos tiram serta minyak bijan kacau kejap . Masukkan air secukupnya bila kuah dah mendidih terus masukkan semua sayur bayam dan kacau . Last sekali masukkan garam , bila sayur bayam dah nampak layu api dapur boleh la ditutup . Biarkan sayur masak didalam kuah yang masih panas .

(* credit to K.Nennie)


SALAD KOBIS UNGU

BAHAN-BAHAN :

1/4 kobis merah

1 biji apple hijau

1 biji apple merah

1 peket kacang gajus

DRESSING UNTUK SALAD :

10 sudu besar olive oil

2 sudu besar balsamic vinegar

Garam , gula dan serbuk lada hitam secukup rasa

*Banyak mana nak guna balsamic vinegar atau bahan-bahan dressing lain adalah bergantung pada citarasa kita.

CARA PENYEDIAAN :

Bersihkan kobis dan semua buah apple kemudian kobis ini di potong nipis-nipis , buah apple di potong kiub. Semua bahan dimasukkan dalam sebuah mangkuk yang sesuai. Kemudian masukkan kacang gajus kedalam mangkuk ni juga.

Dalam bekar tupperware yang sesuai campurkan semua bahan dressing tadi dan goncang sampai semua bahan sebati.

Bila nak makan boleh la di tuang dressing tadi ke dalam mangkuk yang berisi salad dan gaul semua bahan sampai sebati dan sos menjadi sekata.

(*credit to K.Nennie)


BUBUR AYAM BERSAMA OATS
Bahan2:-
1 mangkuk oats
isi ayam yg dicincang
daun bawang
bawang goreng
sedikit lada sulah
garam
halia dicibgcang halus (lebihkan halia-sbb elok utk buang angin dlm bdn)
bawang putih 4 biji dikisar halus
panaskan air sehingga mengelegak
masukkan bawang putih /halia dan juga ayam.. (kacau sehingga ayam masak)
masukan oats /garam/lada sulah
(kacau sehingga rata)
apabila siap hendak dimakan:-
taburkan bawang goreng / daun bawang

(*credit to Zura - KDO)


Kobis Telur
Bahan-Bahan:
sayur kobis 6 kelopak
bawang putih 4 ulas (bhn Tumis)
bawang besar sebiji
teloq sebiji
air 2 cawan
garam sedikit
kunyit (option utk kuningkan kuah)
Cara:
panaskan minyak dalam kuali
tumis bawang putih sampai naik bau
masukkan bawang besar dan gaul beberapa minit.
masukkan 2 cawan air dan biarkan sampai menggelegak
masukkan sedikit garam
masukkan sayur kobis dan kacau
masukkan telur dan pecah-pecahkan teloq itu
gaul sehingga kobis masak (jgn smpai layu sgt)
pastu sedia utk di makan
Cadangan Hidangan:
taburkan serbuk lada hitam atas sayur
(*credit to K.nurlina - KDO)

IKAN BAKAR TOMYAM
Bahan
2 ekor ikan selar
daun limau purut
jus limau nipis atau kasturi
aluminium foil
Bahan Mesin
3 biji cili merah
5 biji ciliapi
3 tangkai serai
1 biji tomato
garam
Cara
1. Gaulkan semua bahan mesin dan letakkan dalam aluminium foil.
2. Letakkan ikan dan daun limau purut. Bungkus kemas.
3. Bakar diatas dapur atau dalam oven suhu 200'C selama 20 minit.
4. Perahkan limau semasa menghidang.

(*credit to k.nurlina - (KDO)


Salad Telur Best
Bahan Telur
3 biji telur
2 tangkai cili merah [tumbuk/blend]
2 ulas bawang merah
garam
minyak
Bahan Sayuran [hiriskan]
kobis
tomato
cili merah
carrot
mayonis
garam
Cara
1. Gaulkan bahan telur kecuali minyak dan buattkan telur hancur.
2. Gaulkan semua bahan sayuran ngan scrambled egg. Rasakan garamnya.
3. Hiaskan dengan mayonis.

(*credit to k.nurlina - KDO)


nanti kalo de lagi resipi2 diet aku akn kongsikan....sharing is caring...wpun diet tp blh mkn lagi...supaya xjemu kite variety kan resipi tu....bru la semngt.... SELAMAT MENCUBA !!! ʘ‿ʘ

Back to Top